Kegunaan Birah negeri

Walaupun batang keladi sebaring tidak boleh dimakan, batang ini telah digunakan sebagai makanan di Malaysia dan Singapura semasa pendudukan Jepun.[perlu rujukan] Batang pokok itu harus dimasak untuk masa yang amat panjang supaya dapat menghilangkan hablur-hablur kalsium oksalat yang beracun.

Jusnya yang pedar memberi kelegaan segera terhadap rasa pedih yang diakibatkan oleh pokok Laportea (bahasa Inggeris: giant nettle). Di Jawa, akar-akar dan daun-daun yang dicincang digunakan selaku tuam untuk sakit sendi.[perlu rujukan]